Saturday, January 19, 2013

Today Pictures at Dreamscape Studio

Assalamualaikum.

Pictures for today (19 January 2013) at Dreamscape Studio


 With Ibanez Guitar
 With Ibanez Bass


 With all instrument 1



With all instrument 2

Terima Kasih kerana sudi melawat ke Blog saya.
-Han Ten-


Saturday, January 5, 2013

My Dreamscape Studio

Assalamualaikum, lama x update blog sebab sibuk sangat. Ini adalah ruang Studio Jamming saya yang baru saja buka pada 01 january 2013 yang lalu. Jom lihat gambar-gambar di bawah :)

Tempat : Kudat,Sabah
Lokasi : Atas Kedai HL Trading, naik tangga sebelah Summer Ice Cafe.



Ibanez Guitar & Ibanez Amp for Jamming Room


Ibanez Bass & Fender Amp for Jamming Room
Full Set Instrument for Jamming Room

Sebelum tutup kedai begambar dulu dengan gitar baru. hehe

With My New GC Guitar

Pegang kord apa tu ar?

Kalau ini note A kali

Kaunter kecil-kecilan

Ruang Tamu & Ruang Menunggu
Tandas yg di jamin bersih tapi hati-hati sebab lantai licin.

Dreamscape Studio Logo


Baojia Drum for Jamming Room

Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya. Jika berminat jangan lupa datang ok.


-Han Ten-











Friday, December 7, 2012

Apakah Kegunaan Banyak Gitar?



 Sebelum saya mengupas tentang topik ini mungkin ada di antara para pembaca yg mempunyai banyak gitar dan saya ingin bertanya apakah kegunaan gitar kamu yg banyak tu? kenapa x cukup 1?

Sebelum ini saya banyak terbaca tentang topik ini dan ada beberapa orang juga yg bertanya "Buat apa dengan banyak gitar? 1 kan cukup..". Itu dia kata tapi tidak bagi gitaris yg tahu apa kegunaanya.
Kenapa perlu banyak gitar? sebabnya ialah selain ingin mencari Tone dan Feel yg berbeza, sebab yg lain ialahkeperluan untuk main pelbagai jenis tuning yg berbeza kerana seseorang yg versatile tidak akan main dengan hanya 1 jenis tuning sahaja. Contohnya ada beberapa jenis tuning yg sering di gunakan iaitu seperti Standard Tune iaitu E,B,G,D,A,E ataupun down half-step iaitu D#,A#,F#,C#,G#,D# ataupun down 1 octave seperti D,A,F,C,G,D dan banyak lg jenis tuning yg sering digunakan oleh gitaris-gitaris yg berbeza. So jika mempunyai gitar yg banyak boleh la setkan gitar 1 dengan Standard Tuning, Down Half-Step, Down 1 octave, Drop itu drop ini dan sebagainya mengikut kegunaan anda.

Jadi jika memiliki 1 gitar sahaja sudah cukup bagaimana jika ingin main lagu yg berbeza-beza tune? adakah kamu sanggup untuk sering menukar tune pada setiap kali main lagu yg berbeza tune? ok jika anda sanggup saya ingin bertanya bagaimana jika menggunakan gitar berjenis Floating Bridge? kenapa saya saya tanya soalan tu kerana gitar jenis ini adalah sangat leceh kerana jika gitar kamu telah di setkan menggunakan string jenis ini dengan tune jenis ini dan apabila kamu ingin menukar ke string dgn gauge yg lain atau tune yg lain banyak yg perlu di setup kembali terutamanya pada bahagian Neck dan Spring. Ianya perlu di setup agar intonation gitar seimbang. Jika technician yg hebat sekalipun dia perlu masa juga untuk setup hal yg demikian. (Orang2 yg guna Floating Bridge tau la tu). Kesimpulannya, setiap sesuatu yg seseorang itu buat pasti ada gunanya jadi tidak perlulah di persoalkan sangat pasal kegunaan banyak gitar ni kerana itu juga bergantung dengan kemampuan kita untuk membelinya.  

Kepada sesiapa yg membaca topik ini mungkin sekarang anda faham sikit sudahkan?. Tetapi ada juga segelintir orang yg akan cakap " X kisah la redah je main je apa-apa lagu dengan apa-apa tuning sekalipun", Jika ada sesiapa yg berpendapat sedemikian terpulanglah dengan diri masing-masing. Saya hanya berkongsi apa yg saya tahu dan jika ada salah dan silap maafkan saja kerana saya bukan professional. Terima Kasih kerana sudi membaca   :)


-Han Ten-

Saturday, November 17, 2012

My Buckethead Cover Song Collection


Assalamualaikum dan selamat malam. Saya sangat meminati gitaris ini dan saya akan cuba untuk cover sebanyak mungkin lagu2 beliau. Saya tidak copy 100% lagu ini dan saya hanya memainkannya mengikut idea & kreativiti saya sendiri. Maaf video ini sexy, yg bukan muhrim x ble tgk ni. hehe. Semoga terhibur   :)


Assalamualaikum. Ini adalah lagu ke dua Cover Song Buckethead daripada saya. Insyallah more will be coming soon. Terima Kasih kerana sudi menonton  :)

-Han Ten-

Monday, November 5, 2012

Happy 10th Monthsary of My Facebook Pages HAN 10

Assalamualaikum
Hari ini adalah Monthsary yg ke 10 bulan bagi Page saya HAN 10 di Facebook. Saya create page ini ketika berada di Sandakan. Pada ketika itu video rakaman saya bermain gitar sudah pun banyak dan saya terfikir memerlukan satu ruang untuk share video2 tersebut. Ketika itulah wujudnya Page saya di Facebook seterusnya Twitter dan Blog ini yg saya gunakan untuk share my music dan berkongsi segala jenis minat saya tetapi Page HAN 10 saya create khas utk share all about my music & my guitar.


Ini adalah Profile Pic yg saya guna sewaktu mula2 create Page HAN 10 pada 05 January yg lalu sebelum di tukar kepada Profile Pic yg sekarang. Gambar ini di ambil ketika saya dan The Moody membuat persembahan di Dataran Tomborungus sempena sambutan Pesta Kelapa Kudat pada tahun 2010 yg lalu.

Ini pula adalah gambar ke 2 yg saya guna untuk Profile Pic saya pada Page HAN 10. Gambar ini di gunakan sejak 17 September lalu dan masih di guna sehingga kini.

Pada sambutan Monthsary yg ke 10 bulan ini saya ingin share Koleksi Gitar Solo saya sepanjang saya berkarya. Terimalah video yg x seberapa drpd saya  :)

Alhamdulillah pada hari ini Page HAN 10 telah pun meraih 500+ Like daripada rakan2 Facebook, terima kasih kepada semua kawan2 yg support, saya sangat2 menghargai jasa baik kalian, apalah ertinya seorang pemuzik tanpa penyokong di sisinya. Semoga anda semua terus menyokong saya dan mendoakan kejayaan saya dalam apa jua bidang, Insyallah.

Page saya di Facebook:
http://www.facebook.com/pages/HAN-10/206145279474846?ref=ts&fref=ts

Terima Kasih semua,
Ikhlas dari
Han Ten


Friday, November 2, 2012

Me Playing With Bro Tinang

Assalamualaikum

Han 10 & Tinang Guitar Duel on Metal Jamm

Video ini di rakam pada tanggal 26 September 2012 yg lalu dan bertempat di rumah bro Hamdan di Taman Lavender, Kudat. Ketika ini, ada kunjungan rakan2 musician dari Kota Belud dan juga bro Tinang ini yg berasal dari Kudat juga. Di fahamkan bahawa bro Tinang ini adalah salah satu Gitaris Otai Kudat so saya gembira dapat berkenalan dengan rakan2 dari Kota Belud dan juga bro Tinang ini. Terima Kasih kepada bro Mail for this video   :)

Music Make Friend & For Unity.
-Han Ten-  
 

Wednesday, October 31, 2012

My MUSE Cover Song (Collection)

Assalamualaikum
Ini adalah koleksi MUSE Cover Song daripada saya. Semoga Terhibur   :)



Sing For Absolution (Studio Quality)

Sing For Absolution (Home LiveVideo )(sebenarnya lagu ini ada vocal tetapi saya mainkannya dlm versi instrumental)

Plug In Baby (Home Live Video)

Neutron Star Collision (Love Is Forever)(Home Live Video)

Hysteria (Home Live Video)

Starlight (Live at Taman Ehsan, Kudat)

Uprising (Home Live Video)

It's me Han Ten

More Video will be coming soon. Terima Kasih kerana sudi menonton.