Friday, December 7, 2012

Apakah Kegunaan Banyak Gitar?



 Sebelum saya mengupas tentang topik ini mungkin ada di antara para pembaca yg mempunyai banyak gitar dan saya ingin bertanya apakah kegunaan gitar kamu yg banyak tu? kenapa x cukup 1?

Sebelum ini saya banyak terbaca tentang topik ini dan ada beberapa orang juga yg bertanya "Buat apa dengan banyak gitar? 1 kan cukup..". Itu dia kata tapi tidak bagi gitaris yg tahu apa kegunaanya.
Kenapa perlu banyak gitar? sebabnya ialah selain ingin mencari Tone dan Feel yg berbeza, sebab yg lain ialahkeperluan untuk main pelbagai jenis tuning yg berbeza kerana seseorang yg versatile tidak akan main dengan hanya 1 jenis tuning sahaja. Contohnya ada beberapa jenis tuning yg sering di gunakan iaitu seperti Standard Tune iaitu E,B,G,D,A,E ataupun down half-step iaitu D#,A#,F#,C#,G#,D# ataupun down 1 octave seperti D,A,F,C,G,D dan banyak lg jenis tuning yg sering digunakan oleh gitaris-gitaris yg berbeza. So jika mempunyai gitar yg banyak boleh la setkan gitar 1 dengan Standard Tuning, Down Half-Step, Down 1 octave, Drop itu drop ini dan sebagainya mengikut kegunaan anda.

Jadi jika memiliki 1 gitar sahaja sudah cukup bagaimana jika ingin main lagu yg berbeza-beza tune? adakah kamu sanggup untuk sering menukar tune pada setiap kali main lagu yg berbeza tune? ok jika anda sanggup saya ingin bertanya bagaimana jika menggunakan gitar berjenis Floating Bridge? kenapa saya saya tanya soalan tu kerana gitar jenis ini adalah sangat leceh kerana jika gitar kamu telah di setkan menggunakan string jenis ini dengan tune jenis ini dan apabila kamu ingin menukar ke string dgn gauge yg lain atau tune yg lain banyak yg perlu di setup kembali terutamanya pada bahagian Neck dan Spring. Ianya perlu di setup agar intonation gitar seimbang. Jika technician yg hebat sekalipun dia perlu masa juga untuk setup hal yg demikian. (Orang2 yg guna Floating Bridge tau la tu). Kesimpulannya, setiap sesuatu yg seseorang itu buat pasti ada gunanya jadi tidak perlulah di persoalkan sangat pasal kegunaan banyak gitar ni kerana itu juga bergantung dengan kemampuan kita untuk membelinya.  

Kepada sesiapa yg membaca topik ini mungkin sekarang anda faham sikit sudahkan?. Tetapi ada juga segelintir orang yg akan cakap " X kisah la redah je main je apa-apa lagu dengan apa-apa tuning sekalipun", Jika ada sesiapa yg berpendapat sedemikian terpulanglah dengan diri masing-masing. Saya hanya berkongsi apa yg saya tahu dan jika ada salah dan silap maafkan saja kerana saya bukan professional. Terima Kasih kerana sudi membaca   :)


-Han Ten-

No comments:

Post a Comment